Cyrstall Ball

Posted by Maziah On Sunday, December 4, 2011 0 comments

Bahan-bahannya:

300 gm tepung gandum

125 gm tepung jagung

50 gm badam kisar

130 gm gula aising

250 gm minyak sapi ( saya guna separuh minyak sapi, separuh butter)

Secubit garam

Beberapa pewarna ( saya guna biru dan pink)

Gula castor untuk salut luar

Cara :

1. Pukul gula aising dengan minyak sapi dan garam.

2. Masukkan campuran tepung.

3. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Saya bahagikan kepada 3 bahagian, biru, pink dan tanpa pewarna

4. Setiap warna di bentuk panjang ( lebih kurang sepanjang jari je la..)Kemudian ketiga-tiganyanya

dicantumkan (memanjang). Roll pada tapak tangan supaya membentuk satu doh yang panjang. Lepas tu

baru la cubit sebesar yang dikehendakki dan bulatkan.

5. Golekkan atas gula castor dan bakar..make sure masa nak susun atas dulang pembakar tu,bahagian yang

cantik sekali di sebelah atas.

6. Bakar pada suhu 160 selama 20 minit..atau ikut kesesuaian oven masing-masing..







Tentang Telur

Posted by Maziah On Tuesday, November 29, 2011 0 comments


Nutrien yang terkandung di dalam telur ialah dengan protein, lemak, Vitamin A, B Kompleks dan mengandungi zat besi serta kalsium.

Kulit telur berwarna putih dan coklat kerana perbezaan baka ayam. Perbezaan warna pada merah telur pula adalah disebabkan perbezaan jenis makanan yang dimakan oleh ayam.

Ruang udara kecil di dalam setiap butir telur menjadi lebih besar mengikut usia telur. Untuk mengenalpasti samada telur itu telur lama atau baru kita boleh menjalankan ujian ringkas iaitu dengan merendam telur (yang belum dimasak) di dalam segelas air; telur yang mendap ke bawah adalah baru, manakala yang condong, agak lama. Jika mengapung, bermakna telur itu tidak elok lagi.

Telur masak dapat dibezakan daripada telur mentah tanpa memecahkan kulitnya melalui memutarkan telur tersebut. Inersia kandungan cecair telur mentah akan menghentikan pemutaran dalam tiga putaran. Ini bermakna telur masak akan terus berputar selepas tiga putaran

Simpan telur dengan penjuru lebih tajam ke bawah untuk mengelakkan ruang udaranya pecah dan jauhkan daripada makanan-makanan yang berbau seperti ikan atau bawang kerana ia menyerap bau.

Jika merebus jangan masukkan telur di dalam air yang masih sejuk kemudian merebusnya. Tetapi biarkan air mendidih terlebih dahulu, kemudian masukkan telur perlahan-lahan, dan rebus selama 10 hingga 12 minit.

Sekiranya telur retak semasa merebus, masukkan sedikit garam atau cuka di dalam air rebusan untuk mengelak isinya terkeluar.

Untuk mengelak bahagian luar merah telur menjadi kebiruan apabila direbus, letakkan telur yang telah masak di bawah air paip, ketuk sedikit, dan biarkan sejuk.

Kulit telur mempunyai liang yang menyerap bahan asing, termasuk bakteria. Jika telur direndam atau dibasuh terlalu lama, liang-liang itu akan mengembang dan memudahkan bakteria masuk, terutama jika telur kotor.

Jika ayam diternak dalam persekitaran kotor, ia akan dijangkiti penyakit dan bakteria seperti Salmonella, yang boleh dibawa melalui telurnya.

Bakteria dalam telur mati apabila telur dimasak pada suhu tinggi. Jadi, telur yang dimasak sepenuhnya selamat dimakan. Telur mentah atau separuh masak mempunyai risiko keracunan Salmonella. Golongan berisiko seperti orang tua, mereka yang berpenyakit dan wanita hamil patut mengelak daripada makan telur mentah atau separuh masak.


BUTTER CAKE (versi 2) - tested

Posted by Maziah On Thursday, November 24, 2011 0 comments

(A)
250 gm butter /mentega – lembutkan dahulu
85 gm gula kaster
1 tsp esen vanilla
Secubit garam
4 buji telur (asingkan kuning dan putih)
1 tbsp susu segar
200 gm tepung kek (kalau guna tepung naik sendiri tak payah letak serbuk penaik)
5 gm/ 1 tsp serbuk penaik

(B)
Putih telur
85 gm guka kaster

Kaedah:

  • Panaskan oven (175’). Lenser tin kek(8”).
  • Ayak tepung bersama serbuk penaik
  • Pukul butter,gula,garam dan esen vanilla sehingga kembang dengan pemutar.
  • Masukkan kuning telur (4 biji)sebiji demi sebiji. Pukul sehingga berkrim.Masukkan susu.
  • Kaup balikkan tepung kedalam campuran butter . Campurkan sebati.
  • Dalam mangkuk yang lain (pastikan bersih dan tiada kesan lemak/berminyak)pukul putih telur hingga berkrim dan masukkan gula perlahan-lahan.
  • Masukkan 1/4 ke dalam campuran tepung.Campurkan sebati dan kemudian baru campurkan yang selebihnya.
  • Tuang ke dalam tin kek dan bakar selama 40-45 minit. Test dengan pencucuk untuk menentukan kek dah masak.




Butter Cake

Posted by Maziah On Saturday, November 19, 2011 0 comments

Kek yang sangat mudah dan sedap…

Bahan-bahan :

50g pure butter , contohnya jenama SCS

250g tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum yang dicampur dengan 1/4 camt baking powder)

200g gula kastor ( boleh kurangkan sedikit kalau tak suka manis)

4 biji telur

1/2 cawan susu segar


Cara2:
Panaskan ketuhar 20 atau 30 min sebelum buat kek.

1. .Pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu

2. Tambah telur sebiji demi sebiji di selang seli dgn tepung sampai habis.

3. Masukkan susu segar.pukul lagi sampai sebati.

4. Masukkan dalam loyang...bakar suhu 180 selama 40 minit.



Khasiat Budu

Posted by Maziah On Monday, November 14, 2011 1 comments

Khasiat Budu Terbongkar (Wikipedia)

Sumber dari: Wikipedia

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.


Hidangan budu bersama nasi kerabuIa juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.



Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.


Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.


Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.


Tugas Ketua Panitia dan Guru Mata Pelajaran

Posted by Maziah On Friday, November 11, 2011 0 comments

SENARAI TUGAS KETUA PANITIA MATA PELAJARAN

1. Menentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan mata pelajaran yang kemaskini.
Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran tahunan

2. Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan fail panitia mata
pelajaran.Memastikan salinan minit-minit mesyuarat panitia dihantar ke pihak
pentadbir sekolah

3. Bertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata pelajaran mengikut
keperluan untuk AJK jadual waktu.

4. Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.Membantu dalam
membuat pemilihan jenis-jenis buku dan bahan-bahan rujukan untuk Pusat
Sumber Sekolah.

5. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar, kaedah-kaedah pembelajaran terkini.

6. Penyelaras menyediakan soalan-soalan peperiksaan/ujian dan pemeriksaan kertas
jawapanMengesahkan soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan sebelum dihantar
ke bilik cetak.

7. Menganalisis keputusan peperiksaan/ujian bulanan bagi mata pelajaran berkenaan
dan menyediakan strategi-strategi tertentu untuk tindakan susulan bagi pelajar
yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki.

8. Bertanggungjawab menyediakan bank-bank soalan.

9. Membantu dan melaksanakan program kecemerlangan akademik yang dirancang
oleh pihak sekolah.

10. Membantu dan sentiasa memberi kerjasama dalam mengadakan kursus dalaman kepada
ahlinya apabila diperlukan.

11. Bertanggungjawab menyediakan pelajar ke pertandingan-pertandingan anjuran
PPD, JPN, Kementerian Pendidikan dan lain-lain.

12. Membantu dan bekerjasama menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan
akademik.Membantu menyediakan data-data/maklumat mengenai mata pelajaran yang
berkenaan untuk dipamerkan di bilik gerakan.

13. Menyimpan salinan jadual waktu persendirian guru bagi mata
pelajaran

14. Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi serta pencapaian pelajar
bagipeperiksaan dalaman dan awam.

15. Bertanggungjawab mengemaskinikan buku stok panitia dan alat-alat antu
mengajar diselenggarakan dengan baik.

Tugas Guru Mata Pelajaran

1. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada
Pengetua pada masa yang ditetapkan setiap minggu.

2. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan
mata pelajaran yang berkenaan.

3. Memahami dan mematuhi pekeliling_pekeliling dan arahan yang berkaitan
dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat
yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang
harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.

4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajran yang diajar dengan
lengkap untuk tempoh setahun/sepenggal/ seminggu / harian dan melaksanakan
pengajarannya mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.

5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku
latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan /
menunjukkan buku latihan murid kepada pengetua/ wakilnya pada masa yang
dikehendaki.

6. Menjalankan ujian Bulanan dan Penilaian kepada pelajar . Merekodkan soalan-
soalan dan keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.

7. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/ bimbingan.

8. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan
melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.

9. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan dan PPD.

10. Memastikan keselamatan pelajar di makmal/ bengkel KH/ Bilik ERT/ Sains
Pertanian serta mengawasi penggunaan peralatan.

11. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan
sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan
Negeri dan PPD. Menyampaikan semua maklumat kepada guru lain yang mengajar
mata pelajaran yang sama.

12. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata
pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan
pembelajaran.

13. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan
pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.

14. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan,
memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas .
Bertanggungjawab dalam menambahklan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan
Pusat Sumber Sekolah.

16. Membantu menguruskan Bank Soalan.

17. Memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan kandungan sukatan
pelajaran dan huraian mata pelajaran berkenaan.

18. Memahami dan mematuhi pekeliling –pekeliling dan arahan-arahan yang berkaitan
dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang
harus dicapai iaitu dari segi pengetahuan,pencapaian akademik dan kemahiran
yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.

19. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menghantarnya
kepada Pengetua untuk ditandatangani pada masa yang ditetapkan iaitu setiap
minggu.

20. Menyediakan rancang pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap
untuk tempoh setahun/sepenggal /seminggu/harian dan melaksanakan pengajaran
mengikut rancangan pelajaran yang ditetapkan.

21. Menyedia dan memberi latihan yang cukup,memeriksa buku latihan pelajar dan
memulangkan semula secepat mungkin.Menyerahkan buku latihan pelajar kepada
Pengetua/PKP untuk disemak pada masa yang dikehendaki.

22. Membina soalan ujian atau peperiksaan mengikut JPN .

23. Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada pelajar dari semasa ke
semasa.Merekod soalan-soalan ujian
dan penilaian serta markah ujian tersebut ke dalam buku rekod mengajar.

24. Mengesan kelemahan pelajar dan mengadakan aktiviti pemulihan .

25. Menjadi ahli dalam panitia mata pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan
melaksanan keputusan mesyuarat panitia.

26. Memastikan buku –buku panduan yang digunakan adalah yang diluluskan oleh
Kementerian Pendidikan /Jabatan Pendidikan /PPD.


Soalan Akhir Tahun ERT 2011 (TIngkatan 4)

Posted by Maziah On Tuesday, November 8, 2011 1 comments

Snow Almond Cookies (tested)

Posted by Maziah On 0 comments

BAHAN A:

  • 200gm butter
  • 100gm gula kastor
  • 1 sudu besar shortening
  • 1 sudu kecil esen kopi
  • 1 biji kuning telur

BAHAN B:

  • 220gm tepung gandum
  • 70gm tepung ubi
  • 50gm nestum - dikisar
  • 40gm badam kisar
  • 1 sudu besar coffeemate
HIASAN:
  • Coklat masakan - dicairkan
  • white breadcrumb

Cara-cara

  1. Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
  2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit.
  3. Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.
  4. Bakar pada suhu 175cc selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk.
  5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan ke dalam serbuk roti putih tadi.
  6. Setelah coklat kering, simpan dalam bekas kedap udara.
(Resepi ni jumpa di internet, tapi lupa link nya..terima kasih pada yang empunya ya..)

Ni lah hasilnya selepas di cuba...



Soalan Percubaan Pahang

Posted by Maziah On Thursday, October 27, 2011 0 comments

Pakaian Smart Casual

Posted by Maziah On Monday, May 30, 2011 0 comments

Pakaian smart casual dressing juga dikenali sebagai perniagaan santai dan biasanya kod pakaian yang paling disukai untuk tatacara profesional seperti pejabat, simposium, ahli akademik, gereja, dan beberapa kegiatan sekolah Fungsi pakaian smart kasual adalah untuk membuat orang tampak baik disatukan dan profesional, tetapi dalam persekitaran yang sedikit lebih santai.

Untuk Lelaki: Tops

Smart santai atau pakaian perniagaan kasual untuk laki-laki adalah kemeja, bersih diseterika berkolar (seperti polo atau butang ke bawah) dan hanya jaket jika cuaca memungkinkan. Satu hal yang perlu diingat adalah bahawa perniagaan santai juga biasanya bererti tanpa tali leher.

Untuk Lelaki: Celana

Seluar kasual untuk laki-laki adalah seperti seluar khaki atau chinos yang ditekan. Boleh menggunakan warna apapun tetapi hitam atau coklat adalah warna yang lebih disukai. Yang pasti jeans bukan merupakan pilihan.


Khakis


Chinos

Untuk Lelaki: Sepatu

Kasut kasual untuk lelaki adalah dress shoes, baik coklat atau hitam .Kelabu juga tidak terkecuali. Dan ingat jangan sekali-kali memakai memakai kasut tenis ..



Dress shoes

Untuk Wanita: Tops

Pakaian kasual untuk perempuan adalah sedikit lebih fleksibel daripada laki-laki. Tops boleh merangkumi blaus, tops yang dikait, set sweater atau baju tanpa lengan klasik dengan kardigan atau jaket ..


Kardigan

Untuk Wanita: Bottoms

wanita boleh memakai seluar khaki atau skirt paras lutut, atau suit. Sekali lagi, jeans pasti bukan pilihan.





Suit untuk wanita


Untuk Wanita: Kasut

Untuk kasut, adalah paling baik untuk memakai flat bergaya atau bertumit sederhana rendah.


Penulis asal : Veronica Scott
Illustrasi : Google Image


Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...