Protein Sayuran Bertekstur (TVP)

Posted by Maziah On Friday, April 8, 2011 0 comments

Protein sayuran bertekstur (Textured Vegetable Protein), juga dikenali sebagai protein soya bertekstur (TSP). Daging soya adalah daging extender berkhasiat yang diperbuat dari tepung soya tanpa lemak iaitu produk sampingan dari ekstraksi minyak soya. Hal ini menyebabkan ia cepat untuk memasak, mempunyai kandungan protein yang sama dengan daging dan tidak mengandungi lemak.

Selain dari menggunakan soya berprotein tinggi.TVP juga boleh dibuat dari biji kapas, gandum dan oat. Ia diekstrusi dalam berbagai bentuk (potongan, serpih, nugget, biji-bijian, dan strip) dan saiz dan dikeluar melalui nozzle disaat masih panas.

TVP terutama digunakan sebagai pengganti daging kerana kos yang sangat rendah, iaitu kurang dari sepertiga harga daging lembu, dan ketika dimasak bersama-sama akan membantu mempertahankan berat kerana menyerap jus daging yang biasanya hilang.

TVP yang didehidratkan memiliki daya simpan lebih dari satu tahun, tetapi akan rosak dalam beberapa hari selepas terhidrasi. TVP dalam bentuk pipih boleh digunakan mirip dengan daging giling.

Protein sayuran bertekstur merupakan zat serbaguna. Dengan menggunakan protein bertekstur, seseorang boleh membuat versi vegetarian atau vegan tradisional hidangan daging seperti cili, spaghetti bolognese, sloppy joe, taco, burger, atau burrito.






Protein bertekstur boleh didapati di kedai makanan dan supermarket besar. TVP juga sangat ringan dan sering digunakan dalam resepi pengembara. TVP juga sering digunakan di penjara dan sekolah untuk beberapa alasan: kos yang relatif rendah, protein tinggi dan lemak rendah membuatnya ideal.

0 comments to Protein Sayuran Bertekstur (TVP)

Post a Comment

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...