DURIAN’S ECLAIRS

Posted by Maziah On Saturday, August 7, 2010 0 comments
Pastri Choux

Bahan-bahan
125ml air
60g mentega
2 biji telur (gred:A)
75g tepung gandum
Secubit garam

Cara:
1. Panaskan ketuhar 200 ºC.
2. Masukkan air, garam dan mentega ke dalam periuk dan didihkan.
3. Masukkan tepung dan kacau sehingga menjadi ketulan yang tidak melekat pada dinding periuk.
4. Tutup api dan alihkan kepada mangkuk adunan untuk disejukkan.
5. Setelah sejuk, masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul sehingga adunan menjadi bater yang licin dan berkilat.
6. Paipkan dengan jarak 2cm antara satu sama lain
7. Bakar selama 15 minit. Sejukkan. (nota: simpan bekas bertutup di dalam ruangan dingin beku-boleh tahan selama 1 bulan )
8. Isikan cream dan boleh celup coklat cair atau taburkan gula ising dan hidangkan.

CREAM DURIAN
BAHAN:
½ cawan isi durian
1 cawan wipping cream
Sedikit pewarna kuning

CARA:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam food mixer.
2. Putar sehingga menjadi cream paste(bila angkat tak menitik)




Sumbangan daripada : Puan Adawiyah Hassan
SMK Tengku Sulaiman, Perlis.

0 comments to DURIAN’S ECLAIRS

Post a Comment

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...