Kualiti Yang Mencipta Guru Yang Baik

Posted by Maziah On Tuesday, August 3, 2010 0 comments

images

Tidak terkira banyaknya pandangan terhadap apa yang diperlukan bagi menjadi guru yang baik dalam pengajaran. Dapatan yang terbatas ini meringkaskan idea yang dikemukakan oleh guru-guru yang menunjukkan sifat-sifat yang bagus atau cemerlang.

1. Guru yang baik sebenarnya mahu menjadi guru yang baik

Mereka mencuba dengan bersungguh-sungguh,jika mereka membenarkan muridnya mengetahui mereka mencuba bersungguh-sungguh,murid akan hormati mereka untuk itu. Jika murid melihat mereka benar-benar mahu mengajar dengan bagus kemudian murid akan bersedia membantu mereka . Walau bagaimanapun, murid tidak akan memaafkan terhadap mereka jika murid memberi tanggapan yang mereka tidak peduli terhadap pengajaran.

2. Guru yang baik mengambil risiko

Mereka menetapkan matlamat yang mustahil kemudian perlahan-lahan mencapainya. Kebebasan akademik membenarkan guru untuk mengambil peluang dan mencuba sesuatu yang berbeza dalam bilik darjah. Ianya membangkitkan untuk mencuba perkara yang mungkin gagal:jika mereka berjaya,mereka mendapat kemahiran – dan jika tidak berjaya. mereka belajar yang memerlukan beberapa pelarasan.

3. Guru yang baik memiliki sikap yang positif

Mereka mesti seronok, tidak merungut terhadap cabaran yang diberi oleh murid mereka. Guru yang baik cuba tidak bersikap sinis atau negetif berhubung dengan murid mereka atau menjadinya sebagai mangsa. Guru memerlukan cabaran dan ianya tiada jika semua pelajar pintar,bermotivasi,bekerja keras,ada kesedaran:semuanya sebenarnya tidak perlu diajar.

4. Guru yang baik tidak mempunyai masa yang cukup.

Hampir semua guru sentiasa sibuk dan ini bukanlah kerana jumlah kelas yang mereka ajar.Mereka memilih untuk sibuk dan tahu kerja mengajar yang baik menjadi lebih banyak untuk diisi setiap masa yang mereka boleh berikan. Sebahagian besar waktunya di dalam pejabat atau bilik guru untuk muridnya berjumpa dan mereka meletakkan sebahagian besar usaha bagi menyediakan murid dengan maklumbalas terhadap tugasannya, sebahagian besar diperlukan untuk kerja jawatankuasa. Mereka meletakkan sebahagian besar masa untuk persediaan kelas. Mereka sentiasa mencuba sesuatu yang berbeza atau memurnikan apa yang dicuba sebelumnya.

5. Guru yang baik fikirkan pengajaran sebagai bentuk kekeluargaan.

Guru yang baik cenderung untuk mencari kasih sayang yang dilalui sepanjang pengajaran. Ini bermakna mereka ketahui bila masa untuk tegas terhadap masa yang ditetapkan atau piawaian kecemerlangan, bila untuk berlembut dan meminta maaf. Mereka mengetahui yang muridnya seperti anak mereka, mempunyai rasa tidak selamat dan masalah.

6. Guru yang baik cuba memberi keyakinan.

Dengan senangnya murid akan suka mengikuti guru tanpa mengetahui banyak berhubung matapelajaran yang diajar. Apa juga cara ianya proses untuk murid belajar apa yang mereka ajar yang membuatkan murid rasa berbeza. Adakalanya mereka membuatkan murid rasa sangat suka dengan memintanya untuk bercakap di dalam kelas.

7. Guru yang baik cuba untuk membuatkan murid dan dirinya luar keseimbangan.

Kita lebih suka belajar apabila keselesaan, rasa puas hati tehadap diri sendiri dan keyakinan diri kita diancam. Guru yang baik benci akan kelebapan dan melihat cabaran yang baru untuk dirinya. Mereka juga mahu muridnya mengambil cabaran yang tidak semuanya boleh dikawalnya. Mereka mahu menggerakkan muridnya melampai zon selesa untuk mencabar keyakinan mereka supaya muridnya didatangi keyakinan baru.

8. Guru yang baik cuba memotivasikan muridnya dengan kerja dalam sistem insentif.

Sebahagian besar murid berminat untuk mendapat anugerah. Guru yang baik cuba cuba untuk menggunakan sistem insentif dalam pengajarannya.

9. Guru yang baik tidak mempercayai penilaian muridnya.

Guru yang baik cenderung untuk mendapatkan penilaian yang baik, tetapi mereka fokus terhadap satu atau dua penilaian yang memperkatakan sesuatu yang negetif terhadapnya. Mereka bertanya diri sendiri apa yang telah mereka buat salah terhadap satu atau dua murid. Guru yang tidak berapa baik cenderung untuk mempercayai penillaian yang positif yang mereka terima dan mengeluarkan yang negetif.

10. Guru yang baik mendengar terhadap muridnya.

Guru yang baik ada kelapangan, boleh didekati, berminat, cergas dan sangat seronok

0 comments to Kualiti Yang Mencipta Guru Yang Baik

Post a Comment

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...