MOTIVASI PELAJAR ERT SPM DAERAH KUBANG PASU

Posted by Maziah On Monday, August 23, 2010 0 comments

Sumbangan dari : Puan Sofia Kasa, Kubang Pasu, Kedah.

Program ini diadakan untuk memotivasikan pelajar ERT yan rata-ratanya lemah ke sederhana,dalam pelajaran maupun sikap.Aktiviti ini untuk menguatkan semangat dan keyakinan pelajar tentang kekuatan subjek ini, selalunya tidak mendapat tempat di hati pelajar maupun pentadbir sekolah,JPN dan KPM.

Pelajar didedahkan dengan individu-individu yang berjaya dalam pelbagai bidang termasuklah bidang berkaitan ERT. Pelajar diberi semangat yang mereka boleh berjaya dengan ERT,tidak seperti anggapan setengah orang,subjek ini hanya tahu memasak dan menjahit sahaja.

Selain itu juga diadakan bengkel menjawab soalan, pelajar ditegaskan untuk cuba menjawab semua soalan yang sepatutnya dijawab dalam SPM,yakin diri kata boleh,jangan berputus asa untuk menjawab soalan sekiranya ada soalan yang tidak dapat dijawab dengan sempurna

Bengkel ini adalah atas kelolaan Panitia Daerah Kubang Pasu yang mana AJKnya terdiri dari semua guru ERT.

Kerjasama dari semua pihak ,PPD dan semua AJK membolehkan bengkel berjalan lancer. Banyak input untuk pelajar dan guru dan semua pihak sungguh berpuashati.

0 comments to MOTIVASI PELAJAR ERT SPM DAERAH KUBANG PASU

Post a Comment

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...